Date of coming into operation of the Minimum Retirement Age Act 2012

20 Februari 2013

PELAKSANAAN GAJI MINIMUM

Perintah Gaji Minimum 2012 yang mewajibkan majikan yang menggaji 6 orang pekerja dan ke atas membayar gaji minimum kepada pekerja masing-masing sebanyak RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 sebulan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mula berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013.

Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan menerima maklum balas bahawa sesetengah majikan, khususnya majikan kecil dan sederhana, tidak berupaya membayar gaji minimum sebagaimana dalam Perintah tersebut. Bagi menangani isu majikan, khususnya majikan kecil dan sederhana, yang benar-benar tidak berupaya melaksanakan gaji minimum Kerajaan bersetuju:

(i) supaya majikan memohon secara individu perlanjutan tarikh kuat kuasa pelaksanaan kepada Urus Setia Majlis Perundingan Gaji Negara. Pertimbangan perlanjutan tarikh kuat kuasa adalah kepada pekerja asing sahaja untuk membenarkan majikan-majikan membuat penstrukturan semula gaji bagi pekerja asing. Pekerja tempatan hendaklah dibayar gaji minimum mulai 1 Januari 2013. Majikan-majikan yang memohon perlanjutan tarikh kuat kuasa tidak dibenarkan untuk membuat potongan levi dan kos penginapan daripada gaji pekerja; atau

(ii) majikan-majikan yang telahpun melaksanakan gaji minimum, tetapi menghadapi masalah pembayaran gaji kepada pekerja, Kerajaan bersetuju supaya majikan berkenaan memohon kebenaran Jabatan Tenaga Kerja bagi membuat pemotongan bayaran levi dan kos penginapan daripada gaji pekerja. Pemotongan kos penginapan adalah tidak terpakai bagi sektor perladangan. Majikan-majikan yang telahpun melaksanakan gaji minimum tidak dibenarkan memohon perlanjutan tarikh kuat kuasa. Pelaksanaan gaji minimum adalah diteruskan kecuali kepada majikanmajikan yang diluluskan permohonan rayuan perlanjutan tarikh kuat kuasa.

Tamat.

Urus Setia
Majlis Perundingan Gaji Negara

Translation (By FSM, not the official translation of the National Wage Consultative Council)

20 February 2013

PRESS STATEMENT BY NATIONAL WAGE CONSULTATIVE COUNCIL'S SECRETARIAT

The Minimum Wage Order 2012 which made it mandatory for employers employing 6 workers and above to pay the minimum wage to their respective workers of RM900 per month in Peninsular and RM800 in Sabah, Sarawak and the Federal Territory of Labuan had been enforced effective 1 January 2013. However, the upon receiving feedback from some employers that they genuinely cannot afford to pay, particularly in the small and medium-sized industries, the Government agreed to do the following to address the issue :-

(i) That employers apply individually for deferment of implementation to the Secretariat, National Wage Consultative Council (Majlis Perundingan Gaji Negara). Deferment will be considered for FOREIGN WORKERS ONLY - to allow employers to restructure the salaries of their FOREIGN WORKERS. Local workers must be paid the minimum wage starting 1 January 2013. Employers who apply for deferment are not allowed to deduct LEVIES and COST OF ACCOMMODATION from the workers; or

(ii) For employers who have already implemented the minimum wage, but faced the problem of payment of workers' salaries, the Government has agreed that the employers concerned ask for permission from Labour Department to deduct payment of LEVIES AND COST OF ACCOMMODATION from workers salaries. DEDUCTION OF COST OF ACCOMMODATION does not apply for PLANTATION SECTORS. Employers who have implemented minimum wage are not allowed to apply for deferment of implementation.

The implementation of minimum wage will be continued, except for employers who have been approved for deferment .

End.

Secretariat
Majlis Perundingan Gaji Negara (National Wages Consultative Council)